Israel Membunuh 2 Aktivis al Qassam di Gaza


Selasa, 21 September 2004-Dalam tempoh kurang dari 24 jam pemimpin briged al Qassam, Abu Salameya dibunuh semalam, Rejim zionis Israel terus melancarkan serangannya ke atas dua aktivis al Qassam, dalam sebuah serangan udara di kota Gaza, Isnin (20/09/2004) malam kemarin.

Sumber perubatan Palestin di hospital al-Syifa di kota Gaza mengatakan, “Dua orang rakyat Palestin gugur dalam serangan peluru berpandu yang dilancarkan pasukan tentera rejim zionis Israel terhadap kereta jeep (yang dinaiki oleh kedua-dua mangsa yang terkorban) di daerah Tel Hawwa di bandar Gaza,Isnin 20/09/2004) malam.”

Dijelaskan bahwa kedua-dua yang terkorban syahid adalah aktivis Brigade al Qassam, sayap ketenteraan gerakan Hamas, Nabiel Shaidi (34) dan Rabah Zaqut (34) yang mana kedua-duanya berasal dari kawasan khemah pelarian al Buraij di Jalur Gaza.

Dalam peristiwa berdarah ini, seramai 8 orang telah dilaporkan luka parah dan telah ditempatkan di hospital asy Syifa.

Juru bicara keamanan Palestina mengatakan, “Jet pejuang rejim zionis Israel melancarkan serangan baru Isnin malam semalam dengan melancarkan peluru berpandunya ke arah kereta jeep yang sedang menuju ke jalan utara daerah Tel Hawa.”

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.