Indonesia benarkan barangan dari Palestin dibawa masuk tanpa dikenakan cukai.

Jumaat, 25-05-2018 – Kerajaan Indonesia mengambil keputusan membuka pasarannya untuk produk-produk dari Palestin dibawa masuk dengan duti import berkadar sifar. Menurut Menteri Perdagangan Indonesia, Enggartiasto Lukita, negaranya akan menerima semua jenis produk dari Palestin tanpa dikenakan sebarang sekatan termasuk memansuhkan duti import.

Semasa pertemuannya dengan duta Palestin ke negara itu, Zuhair al-Shun di Kementerian Perdagangan di Jakarta, Lukita dipetik sebagai berkata bahawa negaranya juga sedia mengeksport barang keluaran Indonesia ke pasaran Palestin, terutama barang yang mereka perlukan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali