Israel memberi kelulusan kepada 2070 penempatan haram baru di Tebing Barat.

Isnin, 04-06-2018 – Pihak berkuasa Israel pada Rabu lepas meluluskan pembinaan sejumlah 2070 penempatan haram baru di Tebing Barat menurut gerakan Peace Now. Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman mengumunkan hasrat mereka untuk membina lebih 2,500 unit penempatan baru di Tebing Barat.

Penempatan ini berada kurang satu Kilometer dari perkampung Palestin yang dikenali sebagai Khan al-Ahmar yang mana kerja-kerja untuk memusnahkan perkampungan ini telah diluluskan mahkamah tinggi Israel pada minggu lepas.

Jahalin, seorang warga Khan al-Ahmar yang telah menduduki perkampungan berkenaan semenjak 1948 setelah Israel menghalau beliau dari perkampungan asalnya di Negev. Walaubagaimanpun, perkampungan berkenaan tidak pernah diisyhtihar sebagai perkampungan yang sah oleh pihak Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

3 Comments

Comments are closed.