Puluhan Ribu Protes Pembunuhan Razan Najjar di Bethlehem

Khamis, 07-06-2018 – Pertubuhan Bantuan Perubatan Palestin telah menganjurkan bantahan di Dataran Manger di kota Bethlehem diatas pembunuhan tentera Israel terhadap pengamal perubatan Gaza, Razan al-Najjar.

Wartawan Palestin menyatakan bahawa puluhan ribu pengamal perubatan, sukarelawan, aktivis dan rakyat Palestin mengambil bahagian dalam protes itu dengan menaikkan bendera Palestin dan potret al-Najjar sebagai tanda kutukan mereka terhadap jenayah Israel itu.

Aktivis hak asasi manusia, Farid al-Atrash menyeru untuk memberikan perlindungan kepada kru-kru perubatan yang bekerja di sempadan Gaza dan menekankan bahawa perlu dihentikan sekatan oleh Israel terhadap Pihak Berkuasa Palestin yang dikenakan di Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul