Keretapi lalui sempadan Gaza dihentikan untuk elak layang-layang bawa api.

Khamis, 07-06-2018 – Perkhidmatan keretapi antara Ashkelon ke Netivot, di wilayah yang dikuasai rejim zionis Israel terpaksa dihentikan pada hari Ahad, kelmarin untuk mengelak ancaman dari layang-layang membawa api yang berterbangan di udara berdekatan Sderot. Layang-layang itu diterbangkan secara besar-besaran dari Semenanjung Gaza, demikian lapor laman web Walla.

Siaran TV Yahudi Channel 14 mengatakan bahawa layang-layang yang dibakar itu turut menjadi punca kepada kebakaran yang berlaku di dua petempatan haram Yahudi Yad Mordechai dan Nir Am.

Akhbar Yedioth Ahronoth pula berkata, pada hari Ahad sahaja, layang-layang api dari Gaza tersebut telah menjadi punca kebakaran yang memusnahkan tanah pertanian seluas 3,000 dunum (ekar), menjadikan hampir 23, 000 dunum terbakar sejak bermulanya protes Great Return March.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali