Kata MP Rajoub: Tangkapan rambang besar-besaran di Tebing Barat bukti Israel lakukan “jenayah kemanusiaan”.

Jumaat, 08-06-2018 – Ahli dewan perundangan Palestin, Nayef al-Rajoub mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis Israel melaksanakan kempen secara tergesa-gesa, menahan penduduk Tebing Barat dengan mensasarkan golongan pemuda, wanita dan kanak-kanak, terutamanya di al-Khalil dan tindakan itu boleh ditakrifkan sebagai “satu lagi jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel.”

Melalui kenyataan akhbarnya, beliau dipetik sebagai berkata ” ia satu kempen terancang yang tertumpu di al-Khalil yang berjalan selama seminggu dan bertujuan untuk menakut-nakutkan warga Palestin bagi menghalang berlakunya gerakan di Tebing Barat seperti mana yang berlaku di Gaza.”

“Rejim penjajah itu cukup takut sekiranya berlaku kebangkitan di Tebing Barat terutama dari mana-mana kumpulan pemuda. Sekiranya terdapat tanda-tanda ia akan berlaku maka pihak rejim akan bertindak proaktif untuk mencegah agar tiada sebarang perhimpunan yang boleh diadakan di situ dan setengah polisi itu bukan baru, bagaimanapun ia tidak akan memberi kesan kepada rakyat kami,” tambah beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali