5 warga Palestin cedera, 5 lagi ditahan tentera Israel.

Isnin, 25-06-2018 – Lima warga Palestin cedera ditembak manakala lima lagi ditahan selepas berlakunya pertempuran antara tentera rejim zionis Israel dengan pemuda Palestin di bandar Beit Fujjar, selatan Baitulmuqaddis.

Sumber keselamatan memberitahu agensi berita WAFA, pertempuran berlaku selepas sekumpulan tentera rejim menceroboh masuk ke dalam bandar itu dan melancarkan operasi besar-besaran mengeledah rumah penduduk Palestin.

Pengarah Bahagian Kecemasan, Pertubuhan Palang Merah Palestin (PRCS), Mohammed Awad berkata, ramai pemuda cedera ringan selepas terkena peluru “Toto” di bahagian bawah tubuh. Mereka kemudian dibawa ke hospital di al-Khalil untuk mendapat rawatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali