Israel ancam roboh tiga rumah penduduk Palestin di Bethlehem.

Rabu, 27-06-2018 – Tentera rejim zionis Israel memberi notis arah roboh ke atas tiga buah rumah milik warga Palestin di Nahaleen, bandar yang terletak di sebelah barat bahagian Tebing Barat selatan, wilayah Bethlehem. Timbalan Datuk Bandar Nahaleen, Hani Fonoon berkata bahawa tentera rejim telah mengedarkan notis roboh ke atas tiga rumah di bandar tersebut dan dipetik telah memberi alasan tindakan dibuat kerana ia dibina tanpa permit

Rejim zionis mensasarkan kawasan kediaman yang diarah roboh berkeluasan sekitar 80 hingga 120 meter persegi. Tambah pegawai itu lagi, tindakan kekerasan yang dilakukan rejim Israel terhadap penduduk Palestin tempatan kian meningkat dengan merampas tanah, memberhentikan kerja pembinaan yang sedang berjalan dan meroboh rumah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali