Tentera rejim Israel halang penduduk Palestin mahu beri sokongan pada petani.

Khamis, 28-06-2018 – Tentera rejim zionis Israel bertindak kasar terhadap sekumpulan penduduk Palestin yang berkumpul bagi menyokong petani tempatan yang mengadakan bantahan kerana tanah mereka bakal dirampas pihak rejim di bandar Bani Naim, barat al-Khalil.

Tanah yang akan dirampas itu dianggarkan berkeluasan 20 dunum (ekar) dan terletak di al-Hamra, kawasan yang termasuk dalam bandar tersebut. Tanah yang dirampas itu akan diguna bagi pembesaran petempatan haram Yahudi Beni Heifer.

Peserta terlibat mengatakan bahawa tentera rejim Israel menyerang, menahan dan menghalang sebahagian dari mereka yang ingin menyertai bantahan itu dengan alasan mereka berkumpul di zon tentera yang tertutup dan terlarang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin