Israel membeli 5000 unit bom dari Amerika


Selasa, 21 September 2004-Amerika akan menjual hampir 5000 unit bom kepada Israel yang mana
merupakan penjualan senjata terbesar antara 2 sekutu itu.


Perjanjian tersebut akan mencetuskan kontroversi politik kerana diketahui umum bom itu akan digunakan pengganas Israel untuk membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa, menurut
akhbar Haaretz hari ini.

Perjanjian pembelian tersebut bernilai hampir $US 319 juta dan telah didedahkan dalam laporan Pentagon yang dibentangkan di Kongress US minggu lepas.

Menurut Haaretz lagi, Pentagon mahukan kelebihan kepada pihak Israel dalam bidang ketenteraan.

Selama ini, pengganas Israel telah menggunakan jet pejuang F-16 buatan Amerika untuk membunuh rakyat Palestin.