Sheikh Salah bebas bersyarat.

Isnin, 09-07-2018 – Mahkamah Majistret Israel di utara bandar Haifa membuat keputusan untuk membebaskan ketua Pertubuhan Pergerakan Islam, Sheikh Raed Salah dengan syarat ketat di mana beliau perlu sentiasa berada di dalam wilayah Garisan Hijau dan dikenakan tahanan di dalam rumah.

Peguam beliau, Khaled Zabarqa berkata bahawa mahkamah Israel memutuskan untuk membebaskan anak guamnya itu dengan syarat hanya selepas beliau menjalani hukuman penjara selama satu tahun di bilik berseorangan dan berasingan dari banduan lain.

Tambah peguam itu lagi, mahkamah turut memerintahkan supaya Sheikh Salah menjalani tahanan di dalam rumah, di rumahnya di bandar Kafer Kanna, utara Palestin dan akan dipasang gelang elektronik di tangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali