Tahanan Palestin mulakan mogok laparnya.

Isnin, 16-07-2018 – Tahanan warga Palestin, Rajae Abdul Kader memulakan mogok laparnya selepas pihak jawatankuasa bagi pembebasan awal tahanan di penjara Eshel, Israel membuat keputusan menolak pembebasan beliau yang sebelum ini telah diperintahkan supaya dibebaskan.

Peguam yang mewakili Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Yusef Nasasra berkata bahawa pihak jawatankuasa penjara mendakwa keadaan kesihatan Abdul Kader tidak serius, oleh itu beliau tidak perlu dibebaskan dengan segera.

Abdul Kader, 35 tahun dan berasal dari Bandar Deir Ammar berdekatan Ramallah menderita penyakit kanser hati dan paru-paru. Sejak akhir-akhir ini, kesihatan beliau didapati semakin buruk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali