Rejim Israel gubal undang-undang berbaur perkauman yang menetapkan negara itu secara eksklusifnya untuk orang Yahudi.

Isnin, 23-07-2018 – Parlimen Israel meluluskan rang undang-undang berbaur perkauman yang secara rasmi mentafsir negara Israel sebagai tanah asal bagi bangsa Yahudi dan menegaskan hanya kaum Yahudi sahaja yang berhak menentukan masa hadapan negara itu (wilayah yang dirampas dari penduduk Palestin sejak 1948).

Rang undang-undang itu diluluskan setelah mendapat 68 undi menyokong, manakala 55 lagi menentang. Dua ahli dewan, Benny Begin (Parti Likud) dan Orly Levy-Abekasis tidak hadir.

Ahli-Ahli Parlimen berketurunan Arab melakukan bantahan dengan melaungkan perkataan “rasis” dan “apartheid” serta mengoyak kertas rang undang-undang sebaik sahaja proses pengundian selesai menyebabkan Speaker Dewan, Yuli Edelstein mengarahkan ahli-ahli berkenaan supaya keluar dari dewan persidangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali