Israel buka penempatan haram baharu.

Isnin, 06-08-2018 – Rejim zionis Israel giat membuka penempatan haram untuk penduduk Yahudi di atas tanah milik warga Palestin dan yang terbaharu di desa Beit Ta’mir, bandar Bethlehem timur.

Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Menentang Pembinaan Tembok Pemisah dan Penempatan Haram, Hassan Brijiyah berkata jentolak rejim meratakan tanah kepunyaan warga Palestin yang menghubungkan antara dua petempatan haram Yahudi, Nokdim dan Kfar Eldad.

Menurut kata Brijiyah kepada agensi berita Wafa, projek itu dilaksanakan di atas tanah seluas 100 dunum (ekar) di mana jalan raya baharu turut dibina bagi menghubungkan petempatan yang baharu dengan kedua-dua petempatan tersebut, lengkap dengan tanaman pokok dan diletakkan bangku di sepanjang jalan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali