Rejim Zionis mengusir aktivis kapal Freedom Flotilla yang ditahan

Selasa, 07-08-2018 – Rejim Zionis pada Ahad lepas memulakan proses pengusiran 12 orang aktivis antarabangsa yang mengikuti pelayaran di atas kapal Freedom Flotilla 5 bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Kesatuan bagi memecahkan kepungan ke atas Gaza; Zaher Birawi berkata, Tentera Laut Israel telah bertindak memintas kapal terbabit dan merampasnya semasa ia dalam perjalanan ke Gaza awal pagi Sabtu lepas.

Menurut Birawi, beberapa aktivis menolak untuk menandatangani perjanjian untuk menyatakan keengganan mereka untuk memasuki Gaza semula pada masa akan datang dan ini mungkin menyebabkan mereka didakwa.

Flotilla terbabit membawa 12 aktivis antarabangsa, kebanyakan mereka dari Sweden dan termasuk seorang krew dari stesen TV yang berpangkalan di London; Press TV. Penduduk di semenanjung Gaza telah tinggal di tinggalan runtuhan sejak 12 tahun lepas dengan semua pintu perhubungan dengan dunia luar ditutup. Urusan keluar dan masuk dari semenanjung Gaza hanya dibolehkan dengan beberapa syarat ketat yang dikenanakan rejim Zionis Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea