Tentera Israel adakan sekatan jalan mengejut di Jenin

Selasa, 07-08-2018 – Tentera rejim zionis Israel secara tiba-tiba telah mendirikan pos sekatan di beberapa tempat di daerah Jenin, utara Tebing Barat. Sumber tempatan memberitahu Palestinian Information Center (PIC), tentera rejim membuat sekatan jalan yang dikawal tentera di bahagian barat bandar Jenin dengan menahan serta memeriksa semua kenderaan yang melaluinya.

Pos sekatan sementara itu turut diadakan di bahagian timur dan selatan bandar Jenin, demikian tambah sumber berita itu lagi. Tentera Israel kerap melakukan sekatan di jalan masuk menuju perkampungan dan bandar di Tebing Barat dengan alasan sebagai langkah-langkah keselamatan. Namun, langkah tersebut akan diikuti dengan siri tangkap rambang terhadap penduduk Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : zainudin mhd ali