Misy’al mengingatkan agar tidak melucutkan senjata perlawanan

Selasa, 21 September 2004-Ketua Biro Politik Gerakan Islam Hamas, Khaled Misy’al menegaskan, kumpulan-kumpulan pejuang Palestin agar menyelaraskan program-program politik di kalangan mereka setelah pasukan rejim Zionis Israel keluar dari Jalur Gaza. Dia mengingatkan para pemimpin Pihak Berkuasa Tempatan Palestin untuk tidak bertindak gopoh dengan melucutkan senjata mereka dalam usaha memerdekakan bumi Palestin.


Dalam temuramahnya dengan stesyen televisyen al-Jazeera, Misy’al mengatakan bahawa gerakan Hamas akan terus mengadakan persefahaman dengan semua pihak pejuang Palestin setelah pengunduran pasukan tentera rejim zionis Israel dari Jalur Gaza.

Dia menjelaskan, “Pasukan pemerintah tempatan yang baru harus dibentuk agar dapat membantu rakyat Palestin menghadapi musuh mereka, dan bukannya menjadi penzalim yang akan menangkap rakyatnya sendiri seperti yang diinginkan oleh Amerika Syarikat.”

Berkaitan dengan hal ni, salah seorang pemimpin Hamas di Syria Muhammad Nazzal menyatakan, pihaknya berfikiran positif bahawa perundingan di antara kumpulan-kumpulan yang berjuang di Palestin di Kaherah nanti akan mefokuskan perbahasan terhadap masalah kesatuan dan perlucutan senjata di Gaza.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.