Kekurangan ubat kanser di Gaza ancam nyawa penghidapnya.

Rabu, 15-08-2018 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata, Hospital Rantisi tidak lagi mampu untuk menyediakan rawatan kimoterapi kepada pesakit kanser di hospital tersebut.

Jurucakap kementerian itu, Ashraf al-Qudra menyatakan bahawa stor ubat di kementerian kesihatan dan hospital-hospital di bawah kementerian itu telah kehabisan bekalan dadah penting yang sangat diperlukan dalam rawatan kanser.

Beliau memberi amaran bahawa kegagalan dalam menyediakan rawatan akan meletakkan nyawa beratus pesakit kanser benar-benar dalam keadaan bahaya dan menekankan satu penyelesaian segera perlu diambil bagi mengatasi krisis bekalan ubat-ubatan yang berlaku di Gaza itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali