Polis Israel halang 10 wanita Palestin dari memasuki Masjidil Aqsa untuk 15 hari.

Isnin , 20-08-2018 – Polis rejim Israel mengeluarkan perintah halangan ke atas sepuluh wanita warga Palestin dari memasuki Masjidil al-Aqsa, Baitulmuqaddis untuk tempoh 15 hari.

Kesepuluh wanita itu telah ditahan polis rejim di pintu masuk utama masjid tersebut sebelum mereka diheret ke pusat tahanan Qishleh dan kemudiannya mereka diberi surat perintah tersebut.

Salah seorang wanita itu, Muntaha Amara berkata bahawa dia telah ditahan bersama sembilan wanita yang lain sebelum mereka dibebaskan dengan diarahkan supaya menjauhi masjid al-Aqsa dan dikehendaki membayar denda.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali