Tentera laut Israel pintas bot cuba rempuh sekatan di pantai Gaza.

Selasa , 4-9-2018 – Bot tempur rejim Israel bertindak menyerang sekumpulan bot nelayan Palestin yang cuba bergerak keluar melalui pantai Gaza, simbolik kepada usaha melanggar sekatan ketat pihak rejim zionis Israel yang mengepung wilayah tersebut.

Menurut laporan wakil pemberita PIC, kapal perang tentera laut Israel menembak gas pemedih mata ke arah bot nelayan tersebut bagi memaksa mereka berpatah balik ke pantai. Sementara itu, beratus penunjuk perasaan yang berada di pantai Sudaniyah, sempadan utara Gaza itu juga turut dihujani gas pemedih mata.

Lebih 50 buah bot telah menyertai acara yang merupakan salah satu dari 6 pendekatan yang diambil oleh Suruhanjaya Kebangsaan bagi mengatasi sekatan. Malangnya, serangan rejim turut mencederakan orang awam, pelajar dan mereka yang terlibat dengan tunjuk perasaan itu sendiri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali