Israel luaskan kawasan perkilangan atas tanah milik penduduk Palestin.

Selasa , 02-10-2018 – Jentolak Israel giat menjalankan kerja-kerja meratakan tanah di atas tanah milik penduduk Palestin yang terletak di sebelah barat daerah Salfit, Tebing Barat untuk tujuan membesarkan lagi kawasan penempatan haram Yahudi.

Menurut kata saksi kepada Palestinian Information Centre (PIC), jentolak dan jengkaut Israel telah menceroboh dan meratakan tanah kepunyaan warga Palestin yang menganjur sehingga ke kawasan Batn al-Hamam, barat Salfit. Tindakan tersebut merupakan sebahagian dari rancangan rejim Israel untuk meluaskan zon perindustrian di kawasan itu.

Berikutan itu, seorang penyelidik, Khaled Maali telah menyuarakan kebimbangan beliau tentang kerosakan yang berlaku di situ akibat dari perlaksanaan projek tersebut yang menurutnya telah melanggar undang-undang antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali