90 peratus penduduk Gaza hidup tanpa bekalan air bersih.

Jumaat , 05-10-2018 – Pusat Biro Perangkaan Palestin (PCBS) mendedahkan bahawa peratusan isi rumah yang mendapat bekalan air bersih di Semenanjung Gaza hanya 11% berbanding 95 % di Tebing Barat.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh pihak PCBS, sebanyak 62% keluarga yang menetap di bangunan kediaman menerima bekalan air minum dari sumber yang selamat, iaitu dari rangkaian paip air awam samada yang disambung terus ke rumah, pili air awam, perigi, kolah air hujan atau pun air mineral di mana 58% tinggal di bandar, 94% di luar bandar manakala 44% lagi tinggal di kem pelarian.

Sementara itu, angka dari PCBS menunjukkan bahawa 7% bangunan kediaman di Semenanjung Gaza adalah rumah sewa sementara di Tebing Barat, 10%. Peratusan warganegara yang tinggal di rumah sewa ialah 8% (10% di rumah sewa yang terletak di kawasan bandar, 3% di kawasan luar bandar) sementara 7% lagi tinggal di kem-kem pelarian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali