Hamas: Keputusan AS tarik diri dari protokol Vienna mencerminkan dasar menyendiri negara itu.

Isnin , 08-10-2018 – Pertubuhan Pergerakan Hamas berkata, keputusan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) menarik diri dari protokol Vienna dalam pekara resolusi pelanggaran mencerminkan politik menyendiri negara tersebut.

“Keputusan pentadbiran AS menarik diri dari protokol Vienna pekara resolusi pelanggaran membuktikan bahawa negara itu semakin menyendiri hasil dari mengamalkan dasar berat sebelah dan tidak peduli, ” tulis Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas dalam ruang pendapat di Twitter

Penasihat Keselamatan Negara AS, John Bolton mengumumkan pada hari Rabu lepas bahawa negaranya telah mengambil keputusan menarik diri dari “protokol pilihan” dalam Konvensyen Vienna 1961 dalam pekara Hubungan Diplomatik. Beliau berkata, ini berikutan tindakan pihak Palestin yang membawa kesnya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi mencabar tindakan negaranya memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali