Israel menimbang untuk usir pelajar AS sokong boikot.

Selasa , 09-10-2018 – Mahkamah Daerah Tel Aviv dijangka memberi tarikh baru untuk mendengar rayuan terhadap keputusan mengusir seorang pelajar perempuan, rakyat AS keturunan Palestin yang ingin memasuki Israel pada minggu lalu kerana didakwa menyokong gerakan memboikot negara tersebut.

Lara Alqasem mengemukakan rayuan terhadap perintah usir yang dikenakan ke atas dirinya selepas sebuah Mahkamah Rayuan di Tel Aviv yang sebelum itu memutuskan bahawa pihak berkuasa tidak melakukan sebarang kesilapan seperti mana yang dikehendaki dalam garis panduan sedia ada yang membolehkan dia perlu dihantar pulang ke negara asalnya, demikian lapor akhbar Haaretz.

Alqasem, 22 tahun yang datuknya berasal dari Palestin telah dihalang dari memasuki Israel semasa tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion pada hari Selasa minggu lepas walaupun beliau memiliki visa pelajar yang dikeluarkan oleh konsulat Israel di Miami, AS untuk melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Hebrew of Jerusalem. Buat masa ini, beliau masih ditahan di bilik tahan di lapangan terbang itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin