500 rakyat Palestin ditangkap gara-gara Facebook.

Selasa , 09-10-2018 – Rejim Zionis telah menahan kira-kira 500 orang Palestin, termasuk wanita, kanak-kanak dan Ahli Parlimen, hanya kerana memuat naik nukilan di media sosial mereka, yang dilaporkan oleh Palestine Center for Prisoners Studies.

Jurucakap pusat Riyadh Al-Ashqar mengatakan bahawa pihak berkuasa Israel mula menahan orang Palestin ekoran sangkaan menghasut sejak bermulanya Intifada Jerusalem. Rejim Zionis telah menggunakan “Unit Siber” yang baru ditubuhkan untuk memantau siaran media sosial Palestin, katanya. Unit ini, Al-Ashqar berkata, mengklasifikasikan mana-mana posting Facebook yang memuji warga Palestin yang shahid, mendedahkan jenayah Israel, dan menyokong ketahanan sebagai “hasutan keganasan”.

Beratus-ratus orang Palestin telah dijatuhi hukuman. Ada yang lain ditahan di bawah tahanan rumah dan ditolak menggunakan platform media sosial, katanya. Al-Ashqar mengutuk penangkapan sedemikian yang “jelas melanggar Perisytiharan Hak Asasi Manusia dan Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah.” Beliau membuat kesimpulan dengan memanggil komuniti antarabangsa untuk melindungi hak kebebasan bersuara rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan