Wanita ditahan berjam-jam selepas abang lakukan serangan.

Khamis , 11-10-2018 – Rejim Israel akhirnya membebaskan seorang wanita Palestin, Fairus Abu Sheikha, adik kepada seorang pemprotes yang ditangkap kerana didakwa melakukan serangan anti Yahudi berhampiran penempatan haram Yahudi di Barkan.

Beliau telah ditahan tentera rejim selama beberapa jam dan terpaksa menghadapi sesi soal siasat yang meletihkan. Suami beliau, Nas Sherim seorang pensyarah di Universiti An-Najah berkata, isterinya telah dibebaskan petang hari Isnin kelmarin selepas disoal siasat tanpa henti oleh pegawai rejim.

Malam sebelum beliau ditahan, pasukan peronda tentera rejim lengkap bersenjata menyerbu bangunan asrama untuk staff universiti itu yang terletak di kawasan perumahan al-Maajeen di Nablus dan menahan serta membawa pergi wanita yang merupakan pensyarah di situ dan mempunyai beberapa orang anak lelaki serta perempuan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali