Tentera Israel Sekat Pergerakan Rakyat Palestin di Tulkarem

Khamis , 11-10-2018 – Tentera Israel mengetatkan kawalan ketenteraan di dalam dan sekitar wilayah Tulkarem, di utara Tepi Barat, dan menghalang pergerakan rakyat Palestin di dalam dan luar.

Bercakap dengan PIC, sumber-sumber tempatan melaporkan tentera Israel yang ditempatkan di pusat pemeriksaan tentera Anab, barat Tulkarem, bergerak di kawasan penduduk Palestin dan memeriksa kenderaan yang melalui kawasan itu.

Tentera Israel turut menutup pintu masuk al-Kurk 623 di Deir al-Ghousoun, utara Tulkarem, dan Gate 609, barat bandar Ateil. Para petani Palestin telah dihalang daripada memasuki kebun mereka untuk memetik buah zaitun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin