Israel memulakan kempen menghalalkan Tembok Pemisah


Rabu, 22 September 2004- Kerajaan haram Israel
telah memulakan kempen untuk meyakinkan ahli UN untuk merestui tembok pemisah yang dibina di Tebing Barat sebagai “fait accompli” (sesuatu yang tidak di tarik balik)

Menteri Luar Israel, Silvan Shalom terbang ke New York Isnin lepas dan mengadakan mesyuarat dengan para menteri dan diplomat di sana berhubung isu Tembok Pemisah tersebut.
(Gambar : Menteri Luar Israel, Silvan Shalom )

Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICJ), Julai lepas sebulat suara mengatakan Tembok tersebut tidak sah. Walaubagaimanapun, Israel yang didalangi US menolak ketetapan tersebut dan mengatakan ICJ tidak mempunyai hak untuk mengenakan undang-undang tersebut.

Menurut pegawai yang mengiringi Shalom,
menteri tersebut memberi amaran kepada ahli UN supaya berhenti memberikan tekanan kepada Israel atau Israel tidak akan memberikan kerjasama dalam usaha damai (perhatikan alasan mereka!).

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.