Tentera Israel ratakan tanah, musnah pokok zaitun milik penduduk Palestin.

Rabu , 24-10-2018 – Tentera rejim zionis Israel bertindak meratakan tanah persendirian milik warga Palestin seluas 16 dunums serta memusnahkan beratus pokok Zaitun yang terdapat di atas tanah yang terletak di bandar Tarqoumia, selatan Tebing Barat.

Menurut sumber ditempat kejadian, tentera rejim telah menceroboh masuk ke tanah tersebut, kemudian meratakan tanah dan juga menebang sejumlah 260 pokok Zaitun. Pada masa sama, tentera rejim penjajah turut memusnahkan tiga buah telaga air yang terdapat di atas tanah kepunyaan Mohamed Jaafar dan Awad Fatah itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali