Parlimen Israel bahas rang undang-undang usir keluarga pejuang lakukan serangan.

Khamis , 01-11-2018 – Televisyen Israel, Channel Seven berkata bahawa kerajaannya akan mengadakan perbahasan minggu ini bagi membincangkan rang undang-undang untuk mengenakan tindakan lebih keras ke atas ahli keluarga pejuang Palestin yang melakukan serangan terhadap Israel di Tebing Barat.

Menurut rang undang-undang baru yang diusulkan oleh Ahli Parlimen dari parti Jewish Home, Moti Yogev itu adalah bagi membolehkan tentera rejim mengusir “keluar daerah” ahli keluarga kepada pejuang Palestin yang melakukan serangan.

“Tindakan menangkap adalah langkah paling asas untuk menjaga keselamatan Israel dan ia merupakan suatu kaedah bagi melindungi nyawa serta memelihara undang-undang dan peraturan,” kata Yogev yang turut menjelaskan bahawa rang undang-undang itu telah mendapat sokongan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin