Kuwait hulur $42 juta bantu UNRWA.

Isnin , 19-11-2018 – Kerajaan Kuwait mengumumkan sumbangan tambahan sebanyak $42,100,000 untuk agensi bantuan PBB bagi pelarian Palestin UNRWA, demikian lapor berita Kuwait News Agency.

UNRWA telah mengadu berhubung krisis kewangan yang mereka hadapi berikutan pengumuman AS, penyumbang terbesar kepada agensi itu, pada bulan Ogos lalu bahawa negaranya akan menamatkan pemberian dana sebanyak $350 juta setahun kepada agensi tersebut.

Utusan Tetap Kuwait ke PBB memaklumkan Setiausaha Agung Liga Arab bahawa sejumlah $42.1 juta telah disalurkan ke akaun Perwakilan Tetap Kuwait di New York untuk dipindahkan kepada UNRWA pula. Jumlah sumbangan itu adalah bagi memenuhi janji yang dibuat negara tersebut semasa Persidangan bagi Menyokong UNRWA di New York yang diadakan pada September lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin