Bekalan pertama ubat-ubatan dari Jepun tiba di Gaza.

Jumaat , 30-11-2018 – Kementerian Kesihatan Gaza berkata bahawa penghantaran pertama bekalan ubat-ubatan sumbangan kerajaan Jepun telah selamat sampai di wilayah Gaza yang terkepung itu.

Menurut Ketua bagi Kerjasama Antarbangsa, Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Abu Mahadi dalam satu sidang media menyatakan, kerajaan Jepun telah banyak memberi sumbangan bagi menyokong sektor kesihatan di Semenanjung Gaza dan yang terbaru dengan membuka unit pengesanan awal untuk kanser payu dara serta membekalkan ubat-ubatan untuk Hospital al-Shifa.

Abu Mahadi turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kedutaan Jepun dan Japan International Cooperation Agency (JICA) kerana usaha keras mereka menyokong sektor kesihatan dan memenuhi keperluan kemanusiaan warga Palestin di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin