Tolak Israel, Malaysia Dibatalkan Hak Penganjuran Kejuaraan Renang Para Dunia 2019

Khamis, 31-01-2019 -  Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, IPC hari ini telah membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 setelah Kuala Lumpur menyatakan ketegasan dan melarang atlet Israel untuk menyertai kejuaraan tersebut. Petandingan Renang Para Dunia sebelum ini dijadualkan akan diadakan di Kuching, Sarawak Malaysia, pada 29 Julai hingga 4 Ogos 2019. 

Presiden IPC, Andrew Parsons menjelaskan semua Kejohanan Dunia perlu terbuka kepada semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi.

"Ketika sesebuah negara menganjurkan pertandingan sukan namun melarang penyertaan sesebuah negara kerana alasan politik, kami tidak memiliki alternatif selain mencari tuan rumah yang baru," katanya. Malaysia, termasuk negara Asia Tenggara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, telah mengumumkan bahawa mereka akan melarang warga Israel untuk menyertai sebarang acara sukan yang mereka anjurkan.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman