Rakyat Palestin maut dalam penjara, Israel harus bertanggungjawab – Hamas

Selasa, 12-02-2019 – HAMAS (Gerakan Pembela Islam) pada hari Rabu, mendakwa Israel harus bertanggungjawab dengan kematian seorang rakyat Palestin iaitu Fares Baroud, 51 yang telah menjadi tahanan politik di Penjara Israel. 

HAMAS dalam satu kenyataan menuduh Israel sengaja membunuh Fares Baroud apabila enggan menyediakan rawatan perubatan yang diperlukan walaupun laporan perubatan mengesahkan bahawa kemerosotan kesihatan beliau pada tahap yang membimbangkan dan serius. 
HAMAS berkata pengabaian rawatan perubatan yang disengajakan oleh Rejim Zionis terhadap tahanan Palestin adalah suatu jenayah terhadap kemanusiaan.

Gerakan Pembela Islam (HAMAS) menyeru agar seluruh aktivis kemanusiaan dan organisasi undang-undang untuk bertindak dengan segera demi menyelamatkan nyawa ribuan rakyat Palestin yang masih menjadi tahanan politik di Israel serta mambawa Israel ke muka pengadilan di atas jenayah yang mereka lakukan. 

Ia juga menegaskan bahawa jenayah kekejaman Rejim Zionis ini tidak akan sesekali mematahkan semangat perjuangan rakyat Palestin yang ditahan, malah berikrar akan terus menentang sebarang bentuk penjajahan sehinga seluruh tahanan dibebaskan dan penderitaan mereka diberhentikan.
Fares Baroud, 51 diisytiharkan meninggal dunia pada awal hari rabu yang lalu di Hospital Penjara Israeli Raymond selepas kesihatannya merosot teruk disebabkan pengabaian rawatan perubatan yang disengajakan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Azwan