Ad’ies: Mahkamah Israel arah tutup Bab al-Rahmah.

Rabu , 20-03-2019 – Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Yusof Ad’ies berkata bahawa keputusan mahkamah Israel menutup ruang solat Bab al-Rahmah di Masjid Aqsa sebagai tidak sah dan hanya menurut kehendak pihak polis rejim semata-mata.

Menurut satu kenyataan medianya, Ad’ies menegaskan bahawa seluruh ruang, dataran dan dinding yang terdapat di dalam masjid itu adalah tapak mutlak khusus milik umat serta negara Islam.

Tambah beliau lagi, pihak rejim zionis Israel dan mahkamahnya tidak mempunyai hak dari segi perundangan ke atas Masjidil al-Aqsa dan mereka juga tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan ke atas tapak suci itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin