Selepas Kes Pembunuhan Abu Laila, Israel Tembak Mati Dua Lagi Pemuda di Nablus

Isnin , 25-03-2019 -   Pasukan penjajah Zionis mmenembak mati dua pemuda Palestin pada tengah malam Selasa (19/3/2019), setelah menyerbu kawasan Makam Yusuf di Nablus, wilayah utara Tebing Barat. Peristiwa ini berlaku hanya beberapa jam setelah operasi pembunuhan terhadap Omar Abu Laila di Salfit dalam kejadian tembakan oleh pasukan penjajah Israel di Ramallah. Menurut sumber tempatan, pasukan penjajah Israel menembak dua pemuda Palestin yang memandu kereta berdekatan makam Yusuf dan mengakibatkan keduanya meninggal dunia. 

Ini merupakan kejahatan tindakan pembunuhan tanpa alasan yang dibenarkan. Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kematian dua pemuda dalam serangan yang dilakukan pasukan penjajah Israel di Nablus tersebut. Sumber-sumber Palestin mengatakan bahawa pasukan penjajah Israel menembak peluru secara terus ke arah krew ambulans di Nablus ketika bergerak ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang dibiarkan kehabisan darah hingga meninggal dunia.

Kedua-dua mangsa yang meninggal adalah Raed Hashim Mohammed Hamdan berusia 21 tahun dan Zaid Imad Mohammed Nouri berusia 20 tahun.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman