Lagi serbuan Rejim Zionis di Gaza.

Isnin , 08-04-2019 – Pada awal pagi rabu yang lalu, rejim Zionis telah membuat serbuan di rumah-rumah di genting Gaza. Hasil dari serbuan tersebut, mereka telah menangkap beberapa orang Palestin. 

Sumber tempatan berkata kepada wartawan PIC, rejim Zionis telah menyerbu Jenin dengan mencari beberapa buah rumah. Mereka juga telah mengusir lebih kurang 3,200 NIS dan menahan seorang bekas banduan penjara.
 
Sumber itu berkata, bandar Jaba’ yang terletak di selatan Jenin telah menyaksikan pertempuran diantara askar rejim Zionis dan pemuda-pemuda Palestin. 

Sementara itu di Salfit, rejim zionis telah menyerang bandar al-Zawiya dengan menyasarkan keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan Omar Abu Laila – sorang lelaki Palestin yang mati Syahid. 
Tiga lagi telah ditahan di Ramallah dan yang seorang telah di tahan di al-Khalil didalam serangan yang sama. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi