Israel Tembak Mati Seorang Pemuda Palestin, 2 Cedera Parah


Isnin , 08-04-2019 - Seorang pemuda Palestin terkorban dan dua yang lain cedera parah, sebelum mereka ditangkap oleh pasukan penjajah Zionis, pada Rabu (3/4/2019) malam. Kejadian berlaku ketika mereka berusaha menyelinap melalui pagar sempadan yang memisahkan wilayah selatan Semenanjung Gaza dengan wilayah yang diduduki penjajah Israel sejak tahun 1948.

Menurut sumber-sumber media Israel, pemuda Palestin yang meninggal dunia dalam operasi militan di sempadan Gaza berada di sebuah hospital Israel di wilayah selatan Palestin yang diduduki Israel sejak tahun 1948, sementara dua lainnya cedera parah. Pasukan penjajah Israel pada Rabu malam mengumumkan, pihaknya telah menangkap tiga warga Palestin setelah mereka ditembak berdekatan pagar pemisah antara Semenanjung Gaza dan wilayah Palestin yang diduduki sejak 1948.

Jurucakap pasukan penjajah Israel, Avichai Adrei, mengatakan, “Pasukan militan Israel menembak tiga orang Palestin yang ‘menyelinap’ dari selatan Semenanjung Gaza.” Dia mendakwa bahawa pasukannya menemui pisau di tangan ketiga-tiga orang yang ditangkap tersebut. Dia menyatakan bahawa ketiga-tiganya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman