Pekerja penjara mula berbincang dengan para tahanan setelah kempen mogok lapar diumumkan

Selasa , 09-04-2019 – Pegawai dari penjara Israel (IPS) dan unit perisikan pada Ahad membuat rundingan dengan ketua para tahanan beberapa setelah kempen mogok lapar bermula untuk menggesa IPS menunaikan tuntutan mereka.

Menurut media Hebrew, satu pasukan rundingan yang terdiri daripada IPS dan pegawai perisikan telah dihantar ke beberapa penjara untuk berunding dengan para pemimpin Hamas dan Jihad Islami bagi menghentikan mogok lapar sebagai pertukaran menunaikan tuntutan mereka.

Perbincangan antara penjara dan tahanan bermula tentang hal alat penghalang siaran telefon bimbit yang dipasang baru-baru ini di penjara dan juga ketika lawatan keluarga.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati