Mesir Bebaskan Empat Orang Nelayan Gaza

Jumaat , 12-04-2019 -  Pihak Berkuasa Mesir membebaskan empat orang nelayan palestin pada petang Ahad, 7 April 2019 setelah mereka ditahan baru-baru ini di perairan Rafah antara Semenanjung Gaza dan Mesir. 

Nelayan yang dibebaskan tersebut tiba di Gaza melalui pintu masuk sempadan Rafah dan disambut secara rasmi oleh Menteri Dalam Negeri. Tentera laut Mesir telah menahan nelayan tersebut hampir seminggu lalu dan mencederakan salah seorang daripadanya semasa mereka berada di perairan selatan selat Gaza.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman