Jentolak tentera Israel tolak tanah, serang nelayan Gaza.

Jumaat , 12-04-2019 – Jentolak tentera Israel dilaporkan menceroboh masuk kawasan sempadan sementara tentera lautnya menyerang nelayan pantai. Kedua-dua kejadian berlaku di utara semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, 6 buah jentolak dilihat keluar dari pos tentera yang terletak di utara Beit Lahia dan bertindak meratakan tanah di kawasan tersebut. Sementara itu di perairan utara Gaza, bot tempur tentera laut rejim dilaporkan melepaskan tembakkan ke arah bot dan nelayan di situ. Bagaimana pun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin