Berpuluh rumah penduduk Palestin di Silwan akan diroboh pihak Israel.

Khamis , 18-04-2019 – Mahkamah daerah di Baitulmuqaddis yang dikuasai Israel mengeluarkan keputusan yang membenarkan majlis perbandaran di bandar itu merobohkan berpuluh-puluh rumah kediaman milik penduduk Palestin di kawasan perumahan Wadi Yasul, daerah Silwan.

Akhbar Haaretz melaporkan bahawa mahkamah telah menerima petisyen yang difailkan oleh pihak perbandaran dan memberi kebenaran muktamad kepadanya untuk meroboh rumah kepunyaan penduduk Wadi Yasul yang dibina di atas kawasan rezab alam semulajadi (Hutan Simpan) tanpa kebenaran.

Bagaimanapun, petisyen yang diluluskan itu termasuk meroboh rumah pendatang haram Yahudi yang terdapat di kawasan sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin