Kesepakatan yang dipersetujui Bukan Bermaksud Mengalihkan Gaza Daripada Konflik Dengan Israel


Isnin , 22-04-2019 - Anggota Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Khalil Hayyah mengatakan bahawa kesefahaman yang ditandatangani dengan penjajah Israel yang mana Mesir bertindak sebagai mediator tidak dapat mengalihkan Gaza dari konflik dengan penjajah Israel. Dalam wawancara dengan televisyen al-Aqsa pada Rabu malam (17/4/2019), Hayyah mengatakan bahawa tidak ada harga politik untuk kesepakatan tersebut.

Kesepakatan tersebut ditandatangani dengan persetujuan menghentikan tindaan kasar terhadap orang ramai dan pembebasan sekatan. Hayyah mengatakan, “Bahawa masalah tawanan dan Masjid Al-Aqsa ditetapkan dalam meja perundingan. Kami katakan kepada para mediator bahawa tidak ada kesefahaman yang dapat menghentikan kami untuk membela masalah nasional kami. Beliau memperingatkan semua pihak, "Gaza tidak dapat menerima untuk terus hidup dalam kepahitan ini. Semua pihak tidak boleh bertaruh pada kesabaran rakyat Palestin untuk menderita.

Kami akan terus melakukan tindakan dengan segala cara. Kami akan mengetuk semua pintu untuk pembebasan sekatan, tidak peduli berapa pun harganya.” Beliau menegaskan bahawa yang menjamin agar penjajah komitmen dengan kesefahaman-kesefahaman ini adalah kegigihan rakyat Palestin dan tetap dalam perjuangannya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman