Vanunu dibenci di negaranya sendiri


Mordechai Vanunu ialah seorang Yahudi yang kemudiannya memeluk agama Kristian, warganegara Israel dan bekas juruteknik di sebuah pusat nuklear di Israel.

Dia dilahirkan di Marrakesh, Maghribi dan mempunyai 11 orang adik beradik. Pada tahun 1963 mereka sekeluarga telah berpindah ke Israel. Kini dia ingin menggugurkan hak kerakyatan Israelnya dan menjadi warganegara Palestin. Kenapa? Kerajaan Israel pula tidak mahu membenarkan permohonannya. Kenapa?
Mordechai Vanunu (Gambar)

Vanunu adalah banduan penjara Israel yang baru dibebaskan 21 April 2004 lalu setelah menjalani hukuman penjara selama 18 tahun. Namun kebebasannya disekat. Antara lain, dia tidak dibenarkan keluar negara atau berjumpa atau menelefon orang asing tanpa izin pihak berkuasa Israel. Dia juga mesti memberitahu pihak berkuasa jika ingin keluar ke bandar lain.

Kesalahannya ialah membocorkan rahsia mengenai simpanan senjata nuklear dan program pembinaan senjata ?haram? Israel kepada akhbar Sunday Times di London awal September 1986. Beliau kemudian diculik oleh ejen Mossad, polis rahsia Israel dan dibawa balik ke Israel lalu dihadapkan ke mahkamah dan dihukum sebagai pengkhianat negara.

Beberapa badan hak asasi manusia menganggapnya sebagai tahanan politik. Dia juga dicalonkan untuk Hadiah Keamanan Nobel setiap tahun dari 1988 hingga ke 2004. Dalam tahun 2001, dia dianugerah ijazah doktor kehormat oleh University Troms?, universiti paling utara dalam dunia yang terletak di bandaraya Troms?, Norway.

Setelah dibebaskan, dia mengatakan yang dia tidak ada lagi rahsia yang disimpannya. Dia ingin memutuskan segala hubungan dengan Israel. Malah dia sengaja tidak bercakap dalam bahasa Ibrani, bahasa rasmi Israel selain bahasa Arab. Dia mahu menggugurkan kewarganegaraannya supaya dia boleh bebas dari sekatan kerajaan Israel. Kerajaan Israel pula bimbang untuk melepaskannya.

?Saya mahu berumahtangga dan membina keluarga serta hidup seperti manusia biasa,? katanya kepada television Israel, Channel 2, dalam bahasa Inggeris.

Vanunu tidak mempedulikan imej negatif orang Israel terhadapnya. ?Enam bilion manusia menghargai apa yang saya lakukan. Jadi kalau enam juta orang Yahudi ti menyukainya, tidak mengapa. Saya tidak merasai saya seorang pengkhianat,? katanya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.