Angka korban capai 27: Dua mayat ditemui di Utara Gaza.

Rabu , 08-05-2019 – Kakitangan perubatan Palestin membawa keluar dua mayat yang terbunuh akibat serangan udara rejim zionis Israel di bandar Beit Lahia , utara Semenanjung Gaza.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, mayat pasangan suami isteri Talal Abu al-Jedian dan Raghda Abu al-Jedian ditemui di bawah runtuhan apartmen yang musnah dibom pesawat udara Israel Ahad kelmarin.
Penemuan itu menjadikan angka korban serangan ke atas Gaza meningkat kepada 27 orang, termasuk dua wanita hamil dan tiga bayi sementara sekurang-kurangnya 170 orang awam cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin