Rejim Zionis menahan aktivis dan wartawan di Lembah Jordan.

Khamis , 16-05-2019 – Rejim Zionis pada hari Ahad lepas telah menahan seramai tujuh orang aktivis kemanusiaan dan wartawan rakyat Palestin di utara lembah Jordan.  Tahanan tersebut adalah Hazem Naser, Shadi Jarar’a, Ranin Sawafta, Shatha Hammad, Hesham Abu Shaqra, Khlaed Bdeir, Mahmoud Fawzi dan Fares Fuqaha. 

Saksi berkata, tahanan-tahanan tersebut dibawa ke pos ketenteraan yang berdekatan di utara timur bandar Tubas. Saksi kejadian juga berkata, wartawan tersebut berada di kawasan tersebut bagi melaporkan pengusiran penduduk disebuah kampung yang dinamakan Hamsa al-Fuqa untuk aktiviti ketenteraan mereka. 

Sindiket Wartawan Palestin telah mengecam sekeras-kerasnya penahahan wartawan dan aktivis kemanusiaan berkenaan serta penyitaan barang dan kad pengenalan mereka. Sindiket tersebut telah memberi masuk campur didalam penahanan tersebut untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa negara haram Palestin bagi melepaskan tahanan tersebut. 

Mereka juga telah meminta bantuan dari Persatuan Wartawan Antarabangsa bagi melakukan apa sahaja usaha untuk memastikan keselamatan wartawan Palestin yang sentiasa menjadi sasaran tentera negara haram Israel. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi