Israel Rancang Bina Jalanraya Untuk Penduduk Haram Yahudi

Khamis , 16-05-2019 – Israel telah meluluskan dua projek jalan utama bagi peneroka haram Yahudi di Tebing Barat dan bakal merampas sebahagian besar tanah Palestin untuk tujuan itu. Permit telah dikeluarkan oleh pentadbiran awam tentera Israel minggu lepas bagi pembinaan itu bagi menghubungkan perkampungan Israel di kawasan terpencil yang dijangka berkuatkuasa pada bulan Julai.

Menurut NGO Peace Now, jalan pintasan Huwara sepanjang 5.5 kilometer, akan menghubungkan penempatan haram Yitzhar, selatan kota Palestin di Nablus, dan perkampungan kecil lain di utara Tapuach Junction. Manakala, jalan kedua ialah jalan pintasan al-Arroub sepanjang tujuh kilometer yang akan menghubungkan perkampungan haram Yahudi di al-Khalil (Hebron).

Penduduk Israel telah meminta jalan pintasan ini bagi memintas jalan sedia ada, Route 60, atas dakwaan memandu di kampung-kampung Palestin bakal membahayakan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin