Negara Haram Isreal telah memperluaskan kawasan aktiviti nelayan di Gaza.

Rabu , 29-05-2019 – Pihak berkuasa negara haram Israel pada ahad lalu telah memperluaskan semula kawasan aktiviti penangkapan nelayan di semenanjung Gaza kepada 15 batu nautika selepas ia dikurangkan untuk beberapa hari. 


Ketua Persatuan Nelayan di Gaza, Niza Ayyash berkata, pihak berkuasa negara haram Israel telah memperluaskan kawasan bagi aktiviti nelayan kepada 15 batu nautika untuk pertama kalinya sejak tahun 2006 tetapi bot nelayan yang bersaiz kecil hanya dibenarkan untuk berlayar sejauh 12 batu nautika sahaja.


Keputusan tersebut adalah hasil campur tangan Mesir didalam perjanjian diantara negara haram Israel dan Palestin di semenanjung Gaza. 
Pada hari Khamis yang lepas, tentera laut negara haram Israel telah menembak rambang ke arah nelayan-nelayan dari Palestin sebelum mengepung mereka dan membuat pengumuman melalui pembesar suara tentang mereka akan mengecilkan kawan aktiviti nelayan kepada 5 batu nautika. 


Tentera laut negara haram Isreal telah mengejar nelayan dari Gaza, menembak, menahan atau menyita alat dan bot mereka hampir setiap hari. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi