Mufti Mesir menyelar pencerobohan pendatang ke atas Masjid Aqsa

Jumaat , 14-06-2019 – Mufti Besar Mesir Sheikh Shawki Allam mengutuk sekeras-kerasnya polis rejim kerana membenarkan ratusan pendatang Yahudi untuk mencemarkan Masjid Aqsa pada Ahad.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Dar al-Ifta di Kaherah untuk mengulas pencerobohan besar-besaran pendatang Yahudi ke atas Masjid Aqsa.  Sheikh Allam memberi amaran tentang akibat buruk hasil kedegilan Israel untuk menerapkan unsur Yahudi di Baitulmuqaddis dan merubah mercu tanda serta memusnahkan identiti sebenarnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati