Kanak-kanak antara 20 Rakyat Palestin yang di Tangkap dalam Serbuan di Tebing Barat

Jumaat , 14-06-2019 – Rejim Zionis telah menahan 20 orang rakyat Palestin pada waktu Subuh Selasa lalu, termasuk dua orang kanak-kanak, ketika serbuan di Tebing Barat dan BaitulMaqdis.

Sumber tempatan mengatakan bahawa Rejim Zionis menangkap empat orang Palestin di Tulkarem, termasuk pemimpin Hamas, Raafat Nasif yang dibebaskan dari penjara Israel hanya beberapa bulan yang lalu selepas menjalani hukuman selama 20 tahun.

Penangkapan lain yang dilaporkan termasuklah serbuan yang menyasarkan pelbagai kawasan perumahan di Nablus, Ramallah dan BaitulMaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul